Jumat, 20 Januari 2012

Hukum Ohm


Hukum Ohm


Punca voltan, V, menggerakkan arus elektrik, I , melalui perintang, R, ketiga-tiga kuantiti mematuhi Hukum Ohm: V = IR.



Dalam litar elektrik, Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik, I yang mengalir malalui sesuatu pengalir antara dua titik yang lain adalah berkadar terus dengan beza keupayaan, V antara kedua-dua titik, serta berkadar songsang dengan rintangan, R antara kedua-dua titik. Secara matematik:
I = \dfrac{V}{R}
Hukum ini dinamakan sempnea Georg Ohm, yang menunjukkan perubahan arus dan beza kepupayaan dalam litar elektrik ketika menggunakan dawai yang mempunyai panjang berbeza.
Hukum ini sangat berguna dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik kerana menunjukkan hubungan arus, voltan dan rintangan pada tahap makroskopik, iaitu sebagai unsur dalam litar elektrik. Pada tahap mikroskopik, ahli fizik menggunakan persamaan vektor lain yang berhubung kait dengan Hukum Ohm.

Fizik

Ahli fizik sering menggunakan Hukum Ohm bentuk kontinuum:
 \mathbf{J} = \sigma \cdot \mathbf{E}
di mana J ialah kemampatan arus (iaitu arus per unit luas), σ ialah konduktiviti, dan E ialah medan elektrik.
Beza keupayaan ditakrifkan sebagai
{\Delta V} = -\int {\mathbf E \cdot dl}
atau, jika medan elektrik tidak diganggu oleh pilihan arah (seperti dalam litar elektrik):
{|\Delta V|} = {E}{L} \
di mana L merupakan jarak antara dua titik yang dimaksudkan. Disebabkan J adalah sama dengan I/A, persamaan Hukum Ohm menjadi:
{I \over A} = {\sigma |\Delta V| \over L}
Rintangan elektrik pula ditakrifkan melalui kuantiti konduktiviti, panjang, dan luas keratan rentas:
{R} = {L \over \sigma A}
Dari situ, Hukum Ohm boleh diterbitkan sebagai
{|\Delta V| \over R}={I}
yang lebih menyerupai persamaan bentuk makroskopik

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar